Sinopsis Bikin Filem

Mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk 'Dendam Berbalas' kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.